Jamuan Aidilfitri di BBDP Temerloh

Malas nak cite banyak. Korang tengok je pic ni.

BBDP Temerloh




En Fadzil menyampaikan lagu raya.

En Fadzil

Hensem kan. Ade macam Black Mentor tak?

Ketua Platun SMK Paya Pulai

Aku

Antara pengunjung yang memeriahkan majlis


Bergambar bersama jurulatih

With Tuan Dani

Bergambar bersama Ketua Balai, PKPgB Hamdani.

FADHILAT : cium anak dapat pahala, cium suami gugur dosa dan cium isteri bahagialah selamanya.


1. Fadhilat mencium anak.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.
Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.

2. Fadhilat mencium suami.
Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dia kucup dahi isteri.
Ramai isteri yang tidak pasti waktu dan ketika bila mereka harus mencium suaminya. Sebenarnya bagi seorang suami, jika mereka sudah di biasakan dicium oleh isteri mereka tidak kira bila-bila masa pun… mereka cukup menghargainya. Dengan cara inilah hati dan jiwa mereka akan tertutup dengan godaan dari luar.
Sebab itulah ramai wanita yang memujuk rayu suami mereka supaya berhenti menghisap rokok. Jika suami mahukan nafas yang segar dari isterinya ketika dicium, maka perkara yang sama juga dimahukan oleh isteri mereka. Lagipun, Islam tidak menggalakkan sesiapa sahaja menghisap rokok.
Kenyataanya, apa yang berlaku hari ini ialah isteri hanya akan mencium suami bila suami hendak berjalan jauh/outstation/kerja di luar kawasan. Itu tidak cukup untuk menyemai benih sayang pada suami. Jika anda sebagai isteri terlalu sombong untuk mencium suami sendiri, jangan terperanjat pula nanti kalau suami anda rasa lebih di sayangi oleh wanita lain di luar sana. Jadi selalulah belai suami dengan ciuman dan juga pelukan.
Semua ini akan menambah rasa kasih. Hati yang panas juga boleh jadi sejuk. Boleh di praktik oleh si isteri apabila dia atau suaminya hendak pergi kerja dan balik kerja. Selepas solat dan ketika hendak tidur juga bagus di amalkan. Hikmahnya, redha suami akan sentiasa bersama isterinya.
Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami + dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.
Benar.
Jika isteri sudah wangi sebelum tidur dengan rambutnya yang beraroma segar, suami pasti akan mencium rambutnya, dahinya dan juga pipinya. Bila ini berlaku, isteri juga akan mencium suaminya. Bukankah itu dapat menghalang suami dari mencari aroma baru di luar rumah?????
3. Fadhilat mencium isteri.
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.
Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri.
Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan ramadhan sekalipun. Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ فِي رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ
Maksudnya;
“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa”
Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu.
Suami pula harus sedar yang dirinya juga harus berada dalam keadaan yang selesa dan wangi setiap kali hendak mencium isteri. Tabiat suka mencium isteri janganlah di pandang ringan, kerana Nabi juga mengamalkannya.
Mengapa?
Kerana cium itu tandanya sayang. Tapi kalau seorang isteri terlalu ego dan tidak membenarkan suaminya sendiri menciumnya… juga jangan terperanjat kalau suami masing-masing melepaskan rasa kasih sayang terhadap wanita lain yang lebih menghargai kasih sayang suaminya itu.
Hendak mencari lelaki yang pemarah memang ramai di luar sana, tapi hendak mencari lelaki penyayang… mungkin 1 dalam 100. Dengan keadaan lelaki yang semakin sedikit bilangannya di dunia ini… cubalah bayangkan.
Jadi jika anda sudah berkahwin dan memiliki suami yang suka mencium anda dan anak-anak anda, syukur alhamdulillah. Jika anda belum berkahwin TETAPI MENYEDARI bakal suami anda itu suka mencium orang yang mereka kasihi, tahniah dan bersyukurlah kepada Tuhan kerana anda bakal dikurniakan suami yang penyayang. Logiknya tanyalah pada diri sendiri… adakah anda ingin suami anda mencium anda ataupun perempuan lain di luar sana?????
Untuk para suami pula, jika anda adalah tergolong dalam suami yang rajin mencium isteri, syabas diucapkan. Memang harus anda berbuat begitu kerana rasa sayang pada isteri anda akan bertambah dari hari ke sehari.
Bayangkan setiap hari anda mencium isteri anda… sebelum kerja, anda menciumnya… pulang kerja pun anda menciumnya. Malah sewaktu isteri anda memasak di dapur pun, anda rangkul isteri anda dari belakang lalu menciumnya serta berkata… “saya sayang awak… dan terima kasih kerana menyediakan masakan untuk hari ini”
Di situlah datangnya bahagia ~~~
Kesimpulan:
Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin/mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak di amalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.
p/s: rugilah bagi mereka yang sudah berkahwin, tetapi rasa malu untuk mencium anak, suami…. juga isterinya sendiri….

Beratnya Tanggungjawab Lelaki Dan Istimewanya Wanita Disisi Allah


Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh. Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. Beratkan?
Hukum memang sudah menjelaskan anak lelaki kena tanggungjawab ke atas ibunya.. Jika lelaki tidak berbuat sedemikian kerana di suruh oleh isteri, maka buatlah sesuatu terhadap iseri yang sebegitu sombong. Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka berdosa baginya terutama anak lelaki yang tua. Manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.
Isteri berbuat baik, pahala dapat kepadanya. Kalau isteri buat benda tak baik, macam tak menutup aurat dengan sempurna, dosanya di tanggung oleh suami. Beratkan?
Suami kena beri nafkah pada isteri, ini adalah wajib tapi isteri tidak. Walaubagaimanapun, isteri boleh bantu untuk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.
Banyak lagi fakta mengenai lelaki yang wanita perlu tahu. Malangnya, ramai isteri yang menganggap suami adalah hamba abdi yang membanting tulang HANYA untuk dirinya sendiri.
Jika isteri tidak bekerja tidak mengapa. Sebaliknya jika isteri bekerja…ada yang TAK NAK mengambil tahu dan berbahagi susah. Suami walau macam manapun, tetap akan menanggung kesemuanya. Tidak di nafikan. Kalau nak di bayangkan beratnya beban dan dosa yang perlu di tanggung oleh suami kepada keluarganya, sama seperti gunung dan semut. Beratkan?
Sebab tu mengikut kajian, nyawa orang perempuan lebih panjang dari lelaki. Cuba lihat nisbah janda dan duda yang kematian pasangan masing-masing. Kerana suami sanggup menggadaikan nyawanya demi wanita/isteri yang di sayanginya.
Wanita
- Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rumah.
- Saksinya kurang berbanding lelaki.
- Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
- Wajib taat kepada suami tapi suami tak perlu taat kepadanya..cume suami la kena consider.
- Talak terletak di tangan suami.
- Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tiada pada laki.
PERNAHKAH KITA TENGOK SEBALIKNYA?
- Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada bapanya.
- Bukankan ibu adalah seorang wanita?
- Wanita menerima harta pusaka kurang dari lelaki. Tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki perlu menggunakan harta pusaka itu untuk menyara anak-anak dan isteri.
- Wanita perlu bersusah-payah untuk mengandung dan melahirkan anak, tapi setiap saat dia mengandung itu di doakan oleh segala haiwan, malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya di ampunkan oleh ALLAH SWT.
Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat sahaja:
- Sembahyang lima waktu.
- Puasa di bulan Ramadhan.
- Mentaati suami.
- Menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah, walaupun untuk berjumpa dengan ibu bapanya dan pergi ke surau atau masjid untuk berjemaah. Malangnya, ramai wanita yang komplen dan tidak suka bila suaminya selalu pergi ke masjid. Berdosa besar bagi isteri-isteri yang sebegini!
Tapi wanita jika taat kepada suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kepada ALLAH SWT akan turut menerima pahala seperti pahala orang berperang jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita…..
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki. Tanpa wanita, lelaki tidak akan wujud di muka bumi ni. Tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang berwibawa.
Tapi ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia. Oleh kerana itu, wanita haruslah mencari seorang lelaki yang boleh menjaganya… serta hatinya, walaupun lelaki itu bukanlah mereka yang kaya raya.
p/s: kahwin merupakan satu fasa tanggungjawab dan sunnah dalam kehidupan, bukan keseronokan semata-mata.

Mengenai Logo dan Bendera JBPM


BENDERA RASMI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

 Bendera JBPM

  • Bendera JBPM terbahagi kepada 2 bahagian, 3 segi berwarna merah dengan logo jabatan, jalur kuning dan biru dalam satu 3 segi yang lain .
     
  • Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi dikalangan anggota bomba dalam menjalankan tugas operasi kebombaan dan penyelamatan untuk bangsa dan negara.
     
  • 15 jalur kuning dan biru membawa maksud terdapat 15 buah jabatan bomba dan penyelamat negeri-negeri.
     
  • Jalur kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhdmatan yang berkualiti ( a golden service) kepada pelanggan dan "stakeholders" ke arah perkhidmatan bertaraf dunia dan mencerminkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.
     
  • Jalur biru melambangkan air yang digunakan sebagai media pemadaman kebakaran dan menitikberatkan kebersihan alam sekitar semasa menjalankan operasi kecemasan.



LOGO JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Logo JBPM

  • Bahagian atas logo JBPM, terdapat bentuk bulan sabit dan bintang yang membawa makna bahawa nilai-nilai islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke dalam budaya kerja jabatan.
     
  • Topi keledar dan kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel jabatan yang memberikan perkhidmatan yang profesional.
     
  • Tiga butir bunga padi disusun berlapis sembilan dalam dua lingkaran melambangkan sembilan Negeri Beraja, kuasa jabatan untuk melaksanakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan juga kemakmuran negara.
     
  • Ikatan tali 'clove' melambangkan jabatan menjalankan kerja-kerja penyelamatan.
     
  • Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi, manakala warna kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti ( a golden service) kepada komuniti.
 SUMBER : LAMAN JBPM

Jemputan Ke Jamuan Aidilfitri Balai Bomba Dan Penyelamat Temerloh


Assalammualaikum. Perhatian kepada anggota kadet Bomba yang menyertai Karnival kadet Bomba Daerah Temerloh 2011, Anda semua dijemput hadir ke Jamuan Aidilfitri di Balai BOMBA Dan Penyelamat Temerloh seperti ketetapan berikut :-
=====================================
Program : Jamuan Aidilfitri 2011
Tarikh : 23 September 2011
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Balai Bomba Dan Penyelamat Temerloh
===================================
Semoga dengan kehadiran anda semua akan menyerikan lagi majlis ini. Terima Kasih.

Bukti Jemputan. Zoom untuk lebih jelas.


Debaran Semakin Terasa

Alhamdulillah. Sekali lagi masa memberi peluang. Entri kali ni Pendekar nak bercerita dengan debaran yang sedang melanda Pendekar dan rakan-rakan. Iaitu peperiksaan PMR, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum PMR datang menjengah kami semua. Mungkin masih ada rakan-rakan yang masih belum membuat persediaan yang secukupnya. Mungkin pula yang sudah prepared fizikal dan mental semantapnya untuk menghadapi peperangan ini. Guru-guru juga menaruh harapan yang tinggi kepada setiap anak muridnya kerana mereka tentunya mengharapkan para pelajarnya berjaya sekaligus meningkatkan pencapaian sekolah. Itulah harapan seorang guru. Namun masih ada diantara kita yang masih mengambil ringan mengenai peperiksaan ini seolah-olah tiada apa yang akan berlaku. Tetapi kita tak boleh menyalahkan mereka seratus peratus kerana mungkin mereka mempunyai masalah peribadi yang tidak kita ketahui.

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.
Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Bermulanya UPSR

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya Pendekar sekali lagi dapat mengepost entri untuk para calon UPSR. 13 September 2011. Tarikh keramat bagi semua calon UPSR kerana pada hari ini mereka akan memulakan peperangan yang menentukan kemana arah tuju mereka pada tahun hadapan. Nasihat Pendekar, berusahalah untuk mendapatkan satu keputusan yang anda boleh banggakan untuk diri anda. Mungkin keputusan tersebut akan anda tunjukkan kepada generasi anda. Sebenarnya bukan mustahil untuk mendapatkan satu keputusan yang cemerlang. Hanya perlu berbekalkan doa dan usaha yang lebih. Tetapi satu perkara yang perlu diingat. Berdoa perlu ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T. InsyaAllah berkat usaha anda Allah akan memakbulkan doa anda. Ingat pesan guru-guru anda. Disini Pendekar ada sediakan tips bagi menghadapi peperiksaan :-


Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.
Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:
  • soalan paling sukar,
  • yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,
  • mempunyai markah sedikit .
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.
Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Pendekar Suria Kembali

Ya. hari ini Pendekar Suria kembali berblog setelah lama menyepi. Maklumlah dengan kelas pecutan PMR yang sangat memerlukan pengorbanan tenaga dan masa. Ya. Pada hari ini Pendekar akan mula aktif kembali sebagai blogger. Tapi mungkin akan berehat seketika untuk menumpukan kepada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2011. Mungkin selepas itu Pendekar akan memulakan semula penulisan yang tergendala selama ini. Dengan segala persiapan yang telag dibuat, InsyaAllah Pendekar akan cuba melakukan yang terbaik untuk diri Pendekar. Apabila sidebut mengenai PMR yang akan menjengah beberapa hari lagi, pastinya pelajar tingkatan tiga akan mula merasakan debarannya. Peperiksaan yang mampu memberikan satu impak kepada semua pelajar. Ini merupakan satu penentu kemana arah tuju mereka selepas PMR. Mungkin ada yang akan ke SBPI, Teknik, Vokasional, maktab dan sebagainya. Berkat doa ibubapa, guru-guru dan semua rakan-rakan, InsyaAllah keputusan yang akan dicapai menjadi satu keputusan yang cemerlang. Insya Allah. Pendekar Suria

TLDM a.k.a. Tentera Laut Diraja Malaysia


Beberapa kapal TLDM
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merupakan cabang Angkatan Tentera Malaysia dan agensi utama yang bertanggungjawab ke atas pengawasan dan pertahanan maritim negara Malaysia. Penguasaan TLDM meliputi 603,210 km persegi (hampir dua kali ganda keluasan daratan Malaysia, 329,860 km persegi). Dari segi kekuatan kelengkapan dan keanggotaan, TLDM merupakan tentera laut ke-3 terbesar di dalam gabungan ASEAN. Dengan kekuatan konvensional yang sederhana, TLDM masih memerlukan penambahan platform dan kapal untuk beroperasi pada tahap terbaik. Bagaimanapun pemodenan berterusan memastikan TLDM terus kekal sebagai satu angkatan yang seimbang dan berteknologi tinggi.
Sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia boleh dianggap bermula dengan pembentukan Tentera Laut Simpanan Sukarelawan Negeri Selat (Straits Settlement Naval Volunteer Reserve, SSNVR) yang telah ditubuhkan oleh kerajaan kolonial British Negeri-Negeri Selat pada 27 April 1934 di Singapura. SSNVR ditubuhkan untuk membantu Tentera Laut Diraja British mempertahankan kawasan perairan Tanah Melayu ekoran perkembangan dan pergolakan politik di Asia di mana Empayar Jepun sedang meluaskan kuasa dan pengaruhnya. Selepas Perang Dunia Kedua, Tentera Laut Diraja Malaya akhirnya diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Pada 16 September 1963, seiring dengan kemerdekaan Malaysia, TLDM dinamakan semula sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia.

Kenali Sultan Muhammad Al Fateh

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH - Bukti Islam tidak mengguna kekerasan

Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh? 

Suatu yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Sedangkan mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak yang melebihi tiga batu. Sebahagian mereka menyangka bahawa tentera al-Fateh mendapat bantuan jin dan syaitan! 

Siapakah sebenarnya Sultan Muhammad al-Fateh ini? Beliau ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiah Othmaniyah. Beliaulah pembuka kota Constantinople atau yang dikenali hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru menjangkau usia 26 tahun. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. Keadaan inilah yang pernah dibayangkan oleh baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Antara lain baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.” 

Sultan Muhammad al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah 10 tahun meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin agung. 

Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429 Masihi dan dibesarkan di Adirnah. Ayahnya, Sultan Murad II merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Othmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan seorang puteri raja berketurunan Nasrani. 

Ketika ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Setelah kematian ayahnya, Sultan Muhammad al-Fateh dilantik menjadi pemimpin kerajaan Uthmaniah iaitu pada bulan Februari 1451. Dengan pelantikan ini bermakna beliau merupakan seorang pemimpin termuda yang pernah dilantik. Walaupun baru berusia 22 tahun, beliau berjaya membawa kecemerlangan dalam pemerintahannya. 

Kekuatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Hal ini demikian kerana ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah, dan menggunakan pedang. Namun didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya. Beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani. Beliau mengajar Sultan Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, fiqh, linguistik (bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang lain. Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fateh. 

Sultan Muhammad al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Constantinople. Beliau sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Sebab itu ketika menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Dalam hal ini, beliau banyak mengkaji sejarah Islam zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a. Waktu itu telah ada usaha-usaha yang dibuat ke arah menawan Constantinople. Usaha pertama yang pernah disusun adalah pada tahun 44 Hijrah, walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal. Abu Ayyub al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat nabi, syahid di medan perjuangan itu. 

Setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh menawan Constantinople, beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kawasan perkuburan Abu Ayyub al-Ansari. Padanya, Abu Ayyub perlu disempurnakan jenazahnya sebagai seorang sahabat nabi. Setelah ditemui, Sultan Muhammad al-Fateh meminta supaya kuburnya digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih baik. 

Setelah digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di sini Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari yang fizikalnya masih segar itu. Walau bagaimanapun, beliau gagal menciumnya kerana tatkala hendak mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke dalam tanah. Kejadian itu berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Padanya, tidak layak orang yang telah berjaya menawan Kota Constantinople mencium kakinya. 

Selain itu, beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah s.a.w. dalam peperangan. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Namun, Sultan Muhammad al-Fateh mewarisi sifat keberanian, kegagahan, kesabaran, dan semangat tidak putus asa ayahnya. Bahkan beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi peperangan. 

Di sini ternafilah tohmahan golongan orientalis Barat dan musuh-musuh Islam bahawa beliau menegakkan Islam dengan kekerasan. Walhal mata pedang digunakan sebagai jalan terakhir. Tujuan orientalis itu hanyalah untuk mengelirukan masyarakat terhadap Islam. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz dalam bukunya yang bertajuk Sultan Muhammad al-Fateh Pembuka Constantinople Menundukkan Rom, menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh memiliki keyakinan diri yang kuat. Selain itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah Sultan Muhammad al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang dihadapinya. Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di masjid. 

Sultan Muhammad al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan cara berpakaiannya tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana. 

Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople. Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka. 

Sepanjang pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal dan rohani rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque. Selain itu, beliau juga telah memulihkan semula peranan Masjid Aya Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki. Sultan Muhammad al-Fath meninggal dunia pada bulan Mei 1481 dan jenazahnya dikebumikan di Kota Constantinople.

Persiapan Sebelum Karnival Kadet BOMBA DAN PENYELAMAT Daerah Temerloh 2011

 Hari ni hari sabtu, masa untuk aku rehat dan siapkan Kerja Kursus Sejarah + Geografi + Laporan PEKA + Update Blog. Emm, ni sebenarnye entri lame tapi aku tak publish, sebab mase tu aku dok sibuk dengan aktiviti kadet BOMBA sekolah aku. hohoho.
****
           Ari ni aku na sambung balik edit entri ni. Hari tu (dalam bulan 3 kot) cikgu KB bagitau yang sekolah kitorang akan join karnival Kadet Bomba Dan Penyelamat Daerah. So kami pun rancang la untuk berlatih dengan tak bersungguh-sungguh. Mulanya kami berlatih pada watu petang setiap Isnin hingga Khamis. Lepas tu, bila tarikh karnival dah diberitahu kami pun pakat-pakat la mintak kat cikgu KB suh mintak kebenaran untuk kami berlatih waktu pagi. Cikgu KB pun setuju lalu pegi la mintak dekat pengetua. Alhamdulillah, pengetua bagi kami berlatih pada waktu pagi. Aku la orang yang paling hepi sekali sebab takyah masok kelas. haha
          Kalau aku cite panjang-panjang pon ta gune. dah la. aku dah penat nak menaip. ni ade berape keping gambo yang aku bagi korang tengok/lihat/pandang n what ever la. So kalau korang na tengok sume gambo-gambo ni sila la ke Facebook aku di : Pendekar Suria n jangan lupe add aku sekali

Ni la leader Kawad Basah Berhalangan Lelaki

Tu la halangannye

hos bersama dengan nozel

formasi V

seme na test berlari dekat halangan tu

penggulung hos tak bertauliah

ni budak kawad kering

ni pun kawad kering jugak

dah siap bentang ke akis?
Ha. Ni la beberape keping gambo yang aku bagi korang tengok. kalau na tengok lebih2 sila ke facebook aku
 
Copyright © Ini Kisah Kami