Isu kebangkitan rakyat semakin meningkat di beberapa buah negara Asia Tengah dan Barat. Bermula di Tunisia, Mesir, Yaman dan kini di Libya. Apakah petanda ini semua? Dari sudut positif gerakan Islam, ia menunjukkan satu alamat bahawa yang zalim pasti akan tumbang dan kebenaran pasti akan muncul dan semestinya Islam yang syumullah yang membawa kepada kebenaran. Isu menumbangkan pemimpin yang zalim mendapat liputan luas kaum muslimin dunia kerana sudah agak lama umat Islam terlena. Bukankah ada pepatah arab yang mengatakan umat Islam sekarang sedang terlena, nanti apabila ia bangkit bersiap sedialah.. Bukankah Allah sudah berjanji Islam pasti akan menang suatu hari nanti..bukankah ada hadis yang mengatakan pada akhir zaman ramainya pemimpin yang zalim dan seafdal-afdal jihad adalah menegur pemimpin yang zalim..ayuh kita renung-renungkan bersama.
Baru-baru ini, Muammar Ghadafi mengumumkan dia tidak akan keluar dari Libya dan akan menghapuskan rakyatnya yang menentang hingga ke titisan darahnya yang terakhir. Ini adalah pengumuman Perang Saudara yang bakal menyaksikan korban yang dahsyat.Dalam sejarah manusia, hanya ada dua pemerintah sahaja yang mengebom rakyatnya sendiri dengan jet pejuang, iaitu Ghadafi dan Hafiz Al-Asad, Syria yang mematahkan kebangkitan di bandar Hama, Syria pada tahun 1982. Puluhan ribu rakyat Hama terkorban, ribuan muslimah Hama di penjara, diperkosa dan melahirkan anak-anak didalam penjara, sehingga mereka menulis surat kepada Mufti Syria meminta fatwa membenarkan mereka membunuh diri di dalam penjara.
Bilangan mereka yang syahid di Libya menjangkau lebih 958, manakala yang cedera melebihi 6000 orang. Adapun bahagian timur negara Libya, berpusat di bandar kedua terbesar iaitu bandar Benghazi, kesemua kawasan negara tersebut telah jatuh ketangan rakyat yang menentang Ghadafi.Menariknya, Ghadafi berbanding dengan Mubarak dan Zainal Abidin ialah beliau memiliki pasukan keselamatan Istana terdiri dari komando rakyat Afrika bukan warganegara Libya.
“Katakanlah kamu tidak menunggu kami melainkan (kami mendapat) salah satu dari dua kebaikan (Menang atau Syahid). Dan kami pula menunggu pada kamu, kamu akan dikenakan Allah dengan azab disisiNya, atau (azab) dari kami. Maka kamu tunggulah. Sesungguhnya kami (juga) menunggu bersama-sama kamu”(Surah At-Taubah ; 52)
KEBANGKITAN RAKYAT DI NEGARA ISLAM MELAMBANGKAN ISLAM SEBAGAI PENGGANAS?
Ada sesetengah pihak menilai kebangkitan ,demonstrasi dan rusuhan sebagai satu keganasan. Mungkin kerana yang ditentang masih mengaku Islam, jadi mengapa antara Islam perlu bergaduh? Perlu diingatkan, bahawa “tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.”Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah: Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun dan selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi’ib Ali. Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT.Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.
Di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka. “Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!”
Islam tidak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak pula membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka. Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi darinya.
KESAN POSITIF DAN NEGATIF DI SEBALIK KEBANGKITAN
Secara kasar banyak kesan negatif di sebalik peristiwa yang berlaku. Banyaknya kematian manusia yang sepatutnya menjadi modal insan negara, rosaknya ekosistem akibat letupan dan kemusnahan, terjejasnya ekonomi dan pentadbiran kerana antara pemimpin dan rakyat saling berlawan dan banyak lagi kesan-kesan negatif. Walau bagaimanapun, tidak Allah redha yang mentadbir muka bumi ini dari golongan yang zalim. Allah mampu menggantikan kaum yang lebih baik dari pemimpin-pemimpin dan golongan-golongan yang zalim seperti mana Allah menggantikan kaum Thamud, kaum Ad, kaum Jalut yang sebelum-sebelum ini.
“Daie Mutarabbi Meminpin Ummah”
Tajul Asyraf Tajul Anuar
Exco Dakwah dan Kerohanian,
Persatuan Mahasiswa Islam UPM
SUMBER DARI : PMIUPM