Assalammualaikum...artikel ni aku pakuk dari abg fesi aku...aku malas nak tulis...hehehe (sorry bang nuar)
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia
sekarang saya ingin keluarkan artikel berkaitan dengan Program Kendiri dan Motivasi Pelajar 2011 (PROKEM2011). Kali ini lebih kepada tema, poster, dan beberapa perkara menarik yang berkaitan dengan PROKEMP2011.
tema
SAHSIAH DIPERKASA, ILMU DIJANA
sebenarnya banyak lagi tema-tema yang dicadangkan, namun inilah yang terbaik dan bersesuain dengan peserta PROKEMP2011. maksud tema ni adalah untuk menuntut ilmu, seseorang itu terlebih dahulu membetulkan akhlak dan sahsiahnya supaya ilmu yang ingin dipelajari mudah untuk dihayati, diingati dan diamalkan.
warna
warna tema PROKEMP2011 adalah berwarna oren. warna oren dipilih kerana ingin membangkitkan semangat dan memberi motivasi kepada peserat dan semua ajk dan fasilitator PROKEMP2011 untuk melaksanakan tugasan dengan jayanya. kebanyakan bahan-bahan yang kami gunakan seperti bannner, baju dan latar belakang pentas akan berwarna oren. tahun lepas warna hijau dipilih.
banner
banner ini telah didesignkan oleh pakar multimedia Kolej Keenam, En Epul...semua orang berpuas hati. untuk makluman tambahan, en epul juga adalah cameraman rasmi untuk PROKEMP2011.
lagu
lagu tema untuk PROKEMP2011 adalah lagu dari kumpulan xpdc, bertajuk semangat yang hilang. lagu ni dipilh setelah dicadangkan oleh cik mun, salah seorang fesi PROKEMP2011,nama fesinye saya dah lupe,,hehehe..dengarkanlah yea...
button
atas cadangan cik abby, pihak jawatankuasa PROKEMP2011 telah bersetuju untuk membuatbutton khas untuk PROKEMP2011 kali ini sebagai kenangan buat semua. button ini dijual kepada semua peserta, guru-guru dan semua yang terlibat dalam PROKEMP2011. dengan harga serendah tiga ringgit sahaja, kesemua button tersebut habis dijual dalam masa kurang dari sejam. alhamdulliah...
![]() |
| PROKEMP2011, sorry gune kamera berpixel rendah,,, |
![]() |
| yang ni sumbangan Pusat Sains Negara |
baju
gambar baju dibawah adalah baju rasmi untuk fasilitator PROKEMP2011. design yang dicetak pada baju itu telah direka khas secara ikhlas dari lubuk hati Fatin Nabilah, walaupun beliau tidak terlibat dengan PROKEMP2011, namun atas dasar semangat setiakawan, beliau sanggup meluangkan masa untuk mendesignkan baju ini.
sekolah
untuk pengetahuan semua, Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Pulai Temerloh Pahangadalah satu-satunya sekolah yang menyertai program ini. pihak Kolej Keenam UPM sudah menganggap sebagai sekolah angkat. PROKEMP2011adalah prokemp yang ketiga kali dianjurkan dan setiap tahun hanya pelajar sekolah tersebut sahaja dipilih berdasarkan lokasi dan suasana sekolah tersebut demi membantu anak bangsa.
bas
bas rasmi untuk membawa peserta PROKEMP2011adalah bas suasana edaran sumbangan unit kenderaan UPM, sebanyak dua buah bas digunakan untuk membawa pelajar SMKPP temerloh pahang ke UPM dan menghantar mereka kembali setelah tamatnya program
tu je kot buat masa ini..sekalung penghargaan buat semua yang menjayakan PROKEMP2011..







